SEOUL, 28 Mac (Bernama-Yonhap) -- Kebakaran hutan besar di bahagian tenggara Uiseong, Korea Selatan, yang telah merebak selama lapan hari, kini berjaya dikawal 95 peratus, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, ketika usaha giat masih diteruskan bagi memadamkan api sepenuhnya.
Menurut Agensi Berita Yonhap, kira-kira 40 helikopter pemadam kebakaran dan hampir 2,100 anggota akan dikerahkan pada Jumaat bagi mengekang sepenuhnya kebakaran hutan di Uiseong dan kawasan lain di Wilayah Gyeongsang Utara, menurut Perkhidmatan Perhutanan Korea.
Sejak Jumaat lepas, gelombang kebakaran hutan telah memusnahkan kawasan di tenggara negara itu, mengorbankan sekurang-kurangnya 28 orang dalam bencana kebakaran hutan terburuk dalam sejarah Korea Selatan.
-- BERNAMA-YONHAP
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial