JENAYAH & MAHKAMAH

14 Lelaki Ditahan Berjudi Dalam Bengkel Kereta

29/03/2025 12:35 PM

GEORGE TOWN, 29 Mac (Bernama) -- Polis menahan 14 individu kerana disyaki berjudi di sebuah bengkel kereta di Jalan Sungai Pinang, di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah telah menjalankan serbuan di bengkel tersebut kerana disyaki terdapat aktiviti perjudian pada 2.30 pagi ini.

“Hasil serbuan, polis berjaya menahan 14 lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 27 hingga 57 tahun.

"Turut dirampas barang kes termasuk sebuah meja, 52 keping daun terup, tiga unit walkie-talkie dan wang tunai berjumlah RM4,288,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek direman dua hari hingga esok untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) dan Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan