IPOH, 29 Mac (Bernama) -- Hospital Taiping sedang mengesan waris dua lelaki tempatan yang meninggal dunia baru-baru ini dan mayat mereka masih belum dituntut di Jabatan Perubatan Forensik hospital berkenaan.
Pengarah Hospital Taiping Dr Khuzaini Abd Karim berkata lelaki pertama, Abdul Rahim Abdullah, 85, disahkan meninggal dunia pada 19 Mac lepas dan alamat terakhir di No 159A, Kampung Baru Sempadan, Jalan Keretapi Kampung Larut Tin di Taiping.
Dr Khuzaini berkata lelaki kedua pula, Lim Thiam Leong, 46, meninggal dunia pada 21 Mac lepas dan alamat terakhir di PT 2094, RPT Kampung Benggali, Lawan Kuda Lama, Jalan Simpang di Taiping.
"Sehubungan itu, pihak waris atau individu yang mengenali si mati dimohon hadir ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Taiping atau menghubungi 05- 8204000 (sambungan 8045) bagi urusan tuntutan serta maklumat lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial