AM

PLUS Buka Semula Laluan Antara Seafield Ke Bandar Saujana Putra

01/04/2025 04:26 PM

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) membuka semula laluan di antara Seafield hingga ke Bandar Saujana Putra di Lebuhraya ELITE yang ditutup pagi tadi berikutan insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.

PLUS dalam kenyataan memaklumkan laluan berkenaan dibuka pada 1.51 tengah hari tadi.

“Sehubungan itu, PLUS mengucapkan terima kasih atas sokongan, kerjasama dan kesabaran semua pengguna lebuh raya semasa tempoh penutupan laluan dijalankan,” menurut kenyataan itu.

Kebakaran saluran paip gas itu dilaporkan semakin reda setakat 1.55 tengah hari.

Seramai 112 mangsa dan 49 rumah terjejas dalam insiden tersebut.

Mangsa dihantar ke Hospital Cyberjaya, Serdang dan Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut manakala 49 lagi menerima rawatan awal di Kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan