JENAYAH & MAHKAMAH

Pengurus Syarikat Rugi RM703,000 Terperdaya Pelaburan Tidak Wujud

06/04/2025 12:51 PM

KUANTAN, 6 April (Bernama) -- Seorang pengurus syarikat kerugian RM703,000 akibat terperdaya dengan pelaburan tidak wujud melalui aplikasi WhatsApp yang menjanjikan keuntungan lumayan. 

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa, seorang perempuan 47 tahun pada Julai lepas, telah memuat turun satu aplikasi pelaburan dikenali Quantedge Capital Co. Limited (Qc Secure) menerusi pautan yang diberikan suspek.

“Mangsa telah membuat pelaburan secara berperingkat sebanyak tujuh kali transaksi ke empat akaun bank berbeza dan dimaklumkan mengenai keuntungan diperolehi, bagaimanapun tidak dibenarkan membuat sebarang pengeluaran.

“Mangsa akhirnya menyedari ditipu setelah diminta untuk menambahkan lagi modal pelaburan dan sumber kerugian itu menggunakan duit simpanannya, duit suami serta pinjaman daripada majikannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dengan tawaran pelaburan atas talian yang menjanjikan keuntungan tinggi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan