AM

Kebakaran Putra Heights: 38 Masih Dirawat Di Kemudahan Awam Dan Swasta - KKM

06/04/2025 05:34 PM

PUTRAJAYA, 6 April (Bernama) -- Sebanyak 38 daripada keseluruhan 146 mangsa yang terlibat dalam tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa lepas masih menerima rawatan di hospital dan klinik.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan daripada jumlah itu, 18 mangsa dirawat di wad biasa hospital kerajaan manakala 20 mangsa lagi di kemudahan kesihatan swasta.

“Tiada mangsa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada sebarang kematian dilaporkan setakat 12 tengah hari ini,” menurut data harian yang dikeluarkan KKM hari ini.

Dilaporkan terdapat 13 pesakit di Hospital Putrajaya, dua di Hospital Kuala Lumpur dan masing-masing satu di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang; Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Ampang. 

KKM turut memaklumkan aktiviti Perkhidmatan Sokongan Kesihatan Minda dan Psikososial (MHPSS) turut dijalankan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Dewan Masjid Putra Heights dan Dewan Camelia, selain di Hospital Putrajaya (HPj) dengan 88 individu menerima intervensi MHPSS.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan