KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Persiapan bagi Istiadat Pengebumian Negara Perdana Menteri kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Makam Pahlawan, Masjid Negara di sini berjalan lancar.
Tinjauan Bernama di sekitar pekarangan masjid mendapati hampir semua persiapan telah diselesaikan, termasuk kerja-kerja penggalian liang lahad bagi persemadian jenazah Allahyarham.
Pengamal media daripada pelbagai agensi turut berkumpul seawal 7.30 pagi untuk membuat liputan Istiadat Pengebumian bekas Perdana Menteri itu.
Pintu masuk utama ke Makam Pahlawan turut dikawal ketat oleh pasukan keselamatan sejak awal pagi bagi memastikan kelancaran upacara pengebumian.
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut dilihat mengadakan raptai mengusung masuk keranda jenazah Allahyarham Abdullah ke dalam masjid untuk penghormatan terakhir dan solat jenazah.
Abdullah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pukul 7.10 malam tadi pada usia 85 tahun.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial