DUNIA

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Meningkat

15/04/2025 10:19 AM

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bagi Derivatif Bursa Malaysia meningkat pada awal urus niaga Selasa yang turut memaparkan kekukuhan pasaran tunai.

Pada 9.17 pagi, April 2025 dan Mei 2025 masing-masing naik 6.0 mata kepada 1,485.5 dan 1,484.0 manakala Jun 2025 dan September 2025 meningkat 4.5 mata kepada 1,479.5 dan 1,465.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,402 lot dengan kepentingan terbuka berjumlah 39,423 kontrak.

Dalam pada itu, FBM KLCI menokok 6.44 mata kepada 1,487.30 selepas 38 minit dagangan dijalankan daripada paras 1,480.86 pada akhir dagangan semalam. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan