AM

Upacara Penghormatan Terakhir Kepada Tun Abdullah Bermula 10 Pagi Ini - Khairy

15/04/2025 10:33 AM

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Orang ramai boleh mula hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri Kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi bermula 10 pagi ini di Masjid Negara.

Menantu Allahyarham Tun Abdullah, Khairy Jamaluddin berkata penghormatan terakhir itu diawalkan daripada waktu asal iaitu 11 pagi memandangkan semua urusan pengurusan jenazah telah selesai dilaksanakan.

"Alhamdulillah, pengurusan jenazah telah selesai dan persiapan pihak Masjid Negara juga telah pun siap sepenuhnya bagi pelaksanaan Istiadat Pengebumian Negara. Oleh itu, kita bersetuju untuk mengawalkan waktu agar orang ramai dapat hadir memberikan penghormatan terakhir,” katanya kepada pemberita di perkarangan Masjid Negara, di sini.

Abdullah, 85, yang lebih dikenali sebagai "Pak Lah", menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan