AM

Bangkai Penyu Hijau Ditemui Di Pantai Nagalang

20/04/2025 04:12 PM

LABUAN, 20 April (Bernama) -- Bangkai penyu hijau berukuran 0.6 meter ditemukan terdampar di atas batu di pantai Nagalang di sini pada 2.35 petang tadi, menjadikan penemuan kedua seumpamanya dalam tempoh terdekat.

Bangkai penyu itu ditemui seorang pekerja Restoran Thai Beach, yang terletak berhampiran pantai berkenaan.

Penyelia restoran, Dylan Chua berkata hidupan marin tersebut dipercayai telah mati sejak beberapa hari lepas. 

“Tisu badan penyu sudah kembung dan terdapat bau yang kuat,” katanya sambil menambah berdasarkan pemerhatian bangkai tersebut dipercayai penyu hijau, spesies yang dilindungi di bawah undang-undang hidupan liar Malaysia. 

Chua berkata penemuan sebelum ini juga berlaku berhampiran kawasan yang sama, sekali gus mencetuskan kebimbangan kemungkinan terdapat ancaman terhadap alam sekitar atau hidupan marin itu.

Jabatan Perikanan Labuan telah dimaklumkan mengenai penemuan terbaharu itu bagi siasatan lanjut dan kemungkinan tindakan pelupusan bangkai penyu tersebut. 

Pihak berkuasa setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai punca kematian penyu hijau itu sama ada disebabkan pencemaran, aktiviti penangkapan ikan atau faktor semula jadi

--BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan