DUNIA

Pesawat Amfibia AG600M Peroleh Sijil Kelulusan Daripada CAAC

21/04/2025 12:53 PM

BEIJING, 21 April (Bernama-CMG) -- Pesawat AG600M, pesawat amfibia pemadam kebakaran yang dibangunkan China memperoleh sijil kelulusan daripada Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) pada Ahad, sekali gus menandakan ia mendapat permit untuk digunakan di pasaran.

AG600M, yang juga dikenali sebagai "Kunlong" merupakan pesawat bersaiz besar yang dibangunkan bagi memenuhi keperluan pembinaan sistem penyelamatan kecemasan dan sistem pencegahan bencana alam di China. Ia juga merupakan pesawat amfibia kegunaan awam paling berat apabila berlepas, dengan ciri gabungan pesawat dan kapal, serta mampu berlepas dengan berat maksimum 60 tan termasuk muatan air 12 tan.

Pesawat amfibia itu boleh terbang pada kelajuan minimun 220 kilometer sejam, dan boleh menyelesaikan penerbangan sejauh 4,500 kilometer.

"Kunlong" mampu melaksanakan pelbagai misi termasuk memadam kebakaran, menghantar barangan, bertindak sebagai perantara komunikasi dan lain-lain.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan