AM

Pembinaan RTB Sungai Pinang Dijangka Siap Suku Ketiga 2027 - Chow

21/04/2025 05:48 PM

GEORGE TOWN, 21 April (Bernama) -- Pembinaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang di sini dijangka dapat disiapkan pada suku ketiga 2027.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata projek berkenaan ketika ini menepati jadual pelaksanaan dengan mencapai kemajuan 24 peratus.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di media sosial selepas meninjau kerja pembinaan struktur  dua komponen utama RTB Sungai Pinang iaitu piano weir dan longkang monsun di Kampung Jawa di sini hari ini. 

Menurut Chow, pembinaan komponen berkaitan adalah bermula dari jambatan Jalan Jelutong dan berakhir di penghujung jambatan di Jalan Perak.

“Dengan siapnya komponen berkaitan, banjir atau limpahan air sungai dapat dielakkan di sebahagian kawasan hilir manakala kualiti air ditingkatkan ekoran air dari longkang akan terus disalurkan ke bahagian hilir dan impak air pasang dapat dikurangkan,” katanya.

Kerajaan negeri sebelum ini memaklumkan RTB Sungai Pinang merupakan rancangan tebatan banjir terbesar di Pulau Pinang yang akan memberi kesan positif berhubung masalah banjir bukan sahaja di kawasan Sungai Pinang malah turut melibatkan lokasi berhampiran termasuk bandar raya George Town.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan