KANGAR, 21 April (Bernama) -- Polis mengesahkan menerima laporan kejadian seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai menyamar sebagai penolong pegawai perubatan di sebuah hospital di sini, yang video memaparkan lelaki itu lengkap beruniform seperti petugas kesihatan itu tular melalui platform tiktok semalam.
Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata pihak polis menerima laporan mengenai penyamaran lelaki itu pada 9 April dan kini polis sedang menyiasat kes itu secara terperinci mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan.
“Untuk makluman awal pihak polis ada terima laporan. Siasatan sedang dijalankan pihak polis,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada pemberita hari ini.
Semakan Bernama setakat berita ini ditulis mendapati video itu telah pun dipadam menerusi akaun tiktok berkenaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial