AM

Cadangan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Diperluas Ke Tabika Perpaduan - Aaron

22/04/2025 04:49 PM

SUNGAI PETANI, 22 April (Bernama) -- Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan agar pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah diperluas ke Tabika Perpaduan.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata inisiatif itu dilihat sebagai langkah yang baik dalam usaha menyemai semangat cintakan negara sejak di peringkat awal perkembangan kanak-kanak.

Beliau berkata terdapat 781 Tabika Perpaduan membabitkan 34,654 murid di seluruh negara.

"Boleh dicadangkan (untuk pelajar Tabika Perpaduan) tiada masalah kerana itu akan memberi meningkatkan semangat patriotisme kepada negara," katanya selepas merasmikan Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2025 dan Baucar Buku Semarak Membaca 2025  yang diadakan sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia di sini hari ini.

Semalam, murid sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) mula memakai lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah masing-masing.

Langkah tersebut melibatkan sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi serta Institut Pendidikan Guru Malaysia, dengan objektif menyemai semangat patriotisme dalam kalangan murid dan warga pendidik.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan