JENAYAH & MAHKAMAH

Empat Termasuk Seorang Wanita Didakwa Membunuh

24/04/2025 01:49 PM

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Tiga lelaki dan seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Sentul, minggu lepas.

Mustafa Samsuddin, 46, S.R Gawthaman, 29, Mohamad Sharaf Abdullah, 22, dan P. Meenatchi, 50, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa membunuh B. Sitambaran, 31, antara 10.30 malam 17 April hingga 1.03 pagi 18 April lepas di Taman Batu Metropolitan, Sentul di sini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa manakala tertuduh diwakili peguam Simret Singh, M.Mathavan dan Tharamjit Singh.

Mahkamah menetapkan sebutan semula pada 4 Ogos bagi laporan bedah siasat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan