DUNIA

Tesla Catat Penurunan 45 Peratus Di EU, Pendaftaran Kenderaan Elektrik Lain Meningkat

24/04/2025 05:57 PM

BRUSSELS, 24 April (Bernama-dpa) -- Jualan Tesla di pasaran Kesatuan Eropah (EU) terus mencatatkan penurunan pada suku pertama 2025, dengan jumlah pendaftaran merosot sebanyak 45 peratus berbanding tahun lalu, menurut data Persatuan Pengeluar Automobil Eropah (ACEA) yang diterbitkan pada Khamis.

Antara Januari dan Februari, jumlah pendaftaran Tesla mencatatkan penurunan sebanyak 49 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Kumpulan Volkswagen pula melaporkan peningkatan hampir lima peratus, manakala BMW mencatatkan kenaikan sederhana sebanyak 0.4 peratus. Mercedes-Benz bagaimanapun mengalami penurunan sebanyak 6.2 peratus.

Secara keseluruhan, pendaftaran kereta baharu di EU menurun 1.9 peratus pada suku pertama, namun kenderaan elektrik (EV) menyaksikan pertumbuhan sebanyak 23.9 peratus, menjadikan pegangan pasaran EV mencecah 15.2 peratus.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan