Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu respons terhadap jangkaan yang meningkat mengenai penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.
Indeks Dolar AS (DXY) merosot kepada 99.303 mata.
Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3615/3870 berbanding dolar AS daripada 4.3695/3750 pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka kekal positif berbanding dolar AS susulan penurunan DXY.
“Penanda aras ekuiti AS meningkat manakala hasil Perbendaharaan AS merosot apabila gesaan kepada penurunan kadar faedah yang agresif semakin kuat berikutan tarif import yang tinggi boleh menjejaskan ekonomi AS.
“Pegawai Fed seperti Christopher Waller mencadangkan penurunan kadar faedah perlu dilaksanakan berikutan tarif yang tinggi boleh memberi impak negatif kepada pasaran tenaga kerja,” katanya kepada Bernama.
Dalam negara, ringgit mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0528/0708 daripada 3.0670/0710 semasa ditutup semalam, naik berbanding pound kepada 5.8121/8461 daripada 5.8127/8201, bagaimanapun merosot berbanding euro kepada 4.9599/9889 daripada 4.9738/9801.
Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding mata wang serantau.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3233/3432 daripada 3.3307/3354 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.0510/1398 daripada 13.0632/0874.
Mata wang tempatan naik berbanding peso Filipina kepada 7.71/7.76 daripada 7.72/7.74 dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 258.4/260.1 daripada 258.9/259.4.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial