SHAH ALAM, 27 April (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun TLDM ke-91 kepada seluruh warga 'The Navy People' hari ini.
Dalam titah baginda menerusi hantaran di Instagram Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin berharap agar seluruh anggota TLDM terus mengekalkan adat dan tradisi serta menjadi pasukan barisan hadapan yang berwibawa dalam mempertahankan keselamatan perairan negara.
"Baginda turut berharap agar setiap warga 'The Navy People' terus mempamerkan kesetiaan dan semangat juang yang tinggi terhadap perkhidmatan yang tercinta ini," titah baginda.
Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga TLDM atas komitmen, keazaman, dan semangat berpasukan yang tinggi selama ini.
Selain itu, Sultan Selangor menitahkan seluruh rakyat di negara ini supaya memperingati dan mengenang jasa, perjuangan, serta pengorbanan warga tentera laut yang telah berbakti kepada negara.
Baginda juga mendoakan agar seluruh perwira dan srikandi negara sentiasa mendapat perlindungan dan kekuatan daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial