KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040) antara lain akan memberi tumpuan kepada penyelarasan guna tanah antara Kerajaan Persekutuan dan awam, penggalakan pembangunan berteraskan teknologi serta perlindungan alam sekitar dan warisan bandar.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata draf PTKL2040 juga, memperkenalkan pendekatan baharu seperti insentif pembangunan semula, kawalan nisbah plot yang fleksibel dan pelaksanaan zon guna tanah baharu demi kesejahteraan komuniti bandar.
“Orang ramai dijemput menghadiri Hari Terbuka pada Khamis hingga Jumaat depan, sebelum pelan ini diwartakan secara rasmi hujung Mei nanti,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Menerusi hantara itu juga Perdana Menteri turut memaklumkan beliau telah menghadiri Taklimat Pewartaan PTKL2040 hari ini, yang membentangkan inisiatif pembangunan ibu negara secara lebih mampan dan inklusif.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial