AM

Kaunter CPCA LHDN Di Blok 10 Kompleks Bangunan Kerajaan KL Beroperasi Bermula Esok

30/04/2025 11:54 AM

PUTRAJAYA, 30 April (Bernama) -- Kaunter perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Pembayar Cukai Asing (CPCA) beroperasi secara rasmi di tingkat sembilan, Blok 10, Kompleks Bangunan Kerajaan di Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur bermula esok.

LHDN dalam kenyataan hari ini, memaklumkan waktu operasi kaunter CPCA bagi urusan di kaunter khidmat rundingan adalah Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 5 petang. 

Sesi e-Janji Temu LHDN pula pada Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 4.40 petang dan tertakluk kepada kekosongan slot yang boleh dibuat menerusi pautan https://ejanjitemu.hasil.gov.my/.

Menurut LHDN, CPCA berperanan sebagai pusat khusus mengendalikan urusan percukaian berkaitan fail pembayar cukai warga asing, individu tidak bermastautin dan cukai pegangan bermula 1 Jan.

“Penempatan kaunter perkhidmatan LHDN ini merupakan sebahagian daripada inisiatif mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan dan memudahkan akses pembayar cukai secara fizikal,” menurut kenyataan itu.

LHDN percaya pengoperasian kaunter itu akan memberi nilai tambah positif dan meningkatkan kepuasan serta pengalaman terbaik kepada pelanggan dalam menyelesaikan urusan percukaian.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan