ISKANDAR PUTERI, 1 Mei (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal dalam van sekolah dinaikinya hampir lima jam, semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan berkata mangsa ditemukan tidak sedarkan diri dalam kenderaan terbabit kira-kira 12 tengah hari.
“Mangsa yang bersekolah di sebuah tadika di Taman Bukit Indah, di sini disyaki tertinggal ketika pemandu van itu menurunkan murid di hadapan sekolah kira-kira 7.30 pagi, pada hari sama.
“Mayat mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah, di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata susulan itu, polis menahan pemandu van sekolah terbabit iaitu lelaki berusia 56 tahun, kira-kira 2.40 petang di kawasan Taman Bukit Indah, untuk membantu siasatan kematian mangsa.
Kumarasan berkata lelaki itu yang tidak mempunyai rekod lampau dan negatif terhadap dadah kini direman hingga 7 Mei ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial