BANDAR PERMAISURI, 1 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki cedera pada lengan kanan dan jari tangan kiri akibat diserang seekor buaya ketika menjala ikan di tasik di Kampung Jelapang, di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Setiu Supt Mohd Zain Mat Deris berkata kejadian menimpa mangsa, Ahmad Khalid Ya, 50, berlaku kira-kira 5.30 petang.
“Mangsa yang merupakan penduduk kampung berkenaan menjala bersama dua ahli keluarganya.
“Mangsa tiba-tiba diserang seekor buaya dan dalam keadaan sedar, mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata reptilia berkenaan berjaya ditangkap anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dibantu penduduk kampung pada hari sama.
--BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial