AM

Sultan Nazrin, Tuanku Zara Berangkat Ke Majlis Makan Malam Amal Bersama M Nasir

03/05/2025 11:50 PM

IPOH, 3 Mei (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Amal Nusantara Kelab Bakti Gunung Kledang (KBGK) Bersama Datuk M Nasir di Pusat Konvensyen Ipoh, di sini malam ini. 

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri Datin Seri Aezer Zubir. 

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 1,400 tetamu itu, M Nasir mendendangkan tujuh lagu iaitu Mentera Semerah Padi, Ada, Tanya Sama Itu Hud Hud, Hati Emas, Mustika, Bonda dan Satu Hari Di Hari Raya

Selain itu, KBGK turut menyerahkan sumbangan RM150,000 kepada 10 penerima antaranya Rumah Anak Yatim Cahaya Kasih Abie Taman Cempaka, Pusat Pendidikan Orang Asli Kampung Lalang, Tabung Pelajar Yatim The Malay College Kuala Kangsar serta Maahad Tahfiz al-Quran Wal-qiraat Addin Sungai Ular.

Presiden KBGK Muhammad Hamzah Md Hamdan berkata sesi 2025 telah membawa kelab kepada hala tuju baharu sejajar dengan sasaran kerajaan negeri Perak di bawah Rancangan Perak Sejahtera 2030.

“Kelab dengan ini berikrar untuk membantu kerajaan negeri memberi penerangan tentang program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada golongan ibu bapa di Perak,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Makan Malam Amal Nusantara KBGK Norali Nordin berkata pihaknya berjaya mengumpul RM700,000 hasil jualan 140 meja.

  -- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan