EKONOMI

MITI Lakukan Persiapan Akhir Sebelum Sidang Khas Parlimen Esok

04/05/2025 10:25 PM

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah melakukan persiapan akhir sebelum sidang khas Parlimen berhubung kesan tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia.

Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata MITI telah menerima input daripada kementerian dan pihak-pihak terkait, serta pandangan bernas Ahli-Ahli Parlimen daripada Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC).

"Esok, kita akan bedah siasat kesannya dan juga tindak balas Malaysia," katanya menerusi hantaran di platform media sosial X beliau hari ini.

Sidang khas Parlimen pada Isnin bertujuan membincangkan mengenai tarif timbal balik mengejut oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport Malaysia yang telah mencetuskan kebimbangan kepada kerajaan dan juga industri.

Sesi itu dijangka menampilkan perbahasan menyeluruh apabila penggubal undang-undang mempertimbangkan implikasi keputusan AS itu serta pilihan diplomatik dan ekonomi yang akan diambil Malaysia.

Sidang khas 5 Mei yang diadakan atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan menjadi platform utama untuk para menteri memberi taklimat kepada Parlimen tentang langkah-langkah yang diambil kerajaan dan hasil daripada perbincangan dua hala baru-baru ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan