AM

Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat Kepada 1,627 Orang

05/05/2025 09:38 AM

KOTA KINABALU, 5 Mei (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 1,627 orang daripada 488 keluarga pada 8 pagi ini, berbanding 1,526 orang daripada 455 keluarga pukul 4 petang semalam. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan 1,268 orang daripada 377 keluarga di Sook masih berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS).

PPS itu ialah Dewan Datuk Ellron Agin yang menempatkan 671 mangsa, Dewan Masyarakat Sook (272), Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 (208), dan Dewan Kampung Ansip Tengah (117).

Sementara itu di Beaufort, sebanyak 359 mangsa daripada 111 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon.

"Sebanyak 19 kampung masih terjejas banjir, iaitu 10 di Beaufort dan sembilan di Sook," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan