AM

Aaron Ucap Tahniah Kepada Paus Leo XIV, Rakyat AS Pertama Pimpin Gereja Katolik

09/05/2025 12:35 PM

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang mengucapkan tahniah kepada Paus Leo XIV atas pemilihan beliau sebagai pemimpin tertinggi gereja Roman Katolik selaku Paus ke-267. 

Aaron menerusi hantaran di Facebook hari ini menyifatkan lantikan Paus Leo XIV, rakyat Amerika Syarikat (AS) pertama memegang jawatan itu, sebagai ‘peristiwa bersejarah’ bukan hanya kepada penganut Katolik, tetapi juga kepada penganut semua agama di seluruh dunia. 

“Dedikasi anda kepada keadilan sosial, keterangkuman dan belas kasihan mencerminkan nilai kami dukung dalam masyarakat berbilang agama dan budaya di Malaysia,” katanya. 

Aaron turut mendoakan yang terbaik dalam kepimpinan Paus baharu itu, dan berharap ia akan membawa era baharu dalam perpaduan dunia, dan saling menghormati. 

“Semoga Tuhan mengurniakan anda kebijaksanaan, kekuatan dan keberkatan untuk memimpin komuniti dunia dalam waktu perubahan ini. Kepimpinan anda memberi harapan kepada perpaduan sejagat, pemulihan dan saling menghormati di seluruh dunia,” katanya.  

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan