AM

Bekas Pesilat Negara Terima Pingat Sempena Keputeraan Sultan Selangor Ke-79

14/05/2025 06:05 PM

SHAH ALAM, 14 Mei (Bernama) -- Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah hari ini berkenan mengurniakan Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan kepada 155 penerima termasuk bekas pesilat negara Muhammad Afifi Nordin.

Muhammad Afifi dikurniakan Pingat Kecemerlangan Sukan Selangor (P.K.S) dalam istiadat bersempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ke-79.

Pengurniaan pingat yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini membabitkan penerima daripada daerah Hulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Sepang.

Dalam istiadat itu, sebanyak 10 individu dikurniakan Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.), 18 penerima bagi Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (P.P.C.), 114 individu dikurnia Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) manakala 12 penerima untuk Pingat Perkhidmatan Selangor (P.P.S.).  

Pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Muhammad Afifi membantu negara menambah kilauan pingat emas bagi sukan silat kategori seni jurus tunggal lelaki selepas meraih 470 mata, mengatasi pesilat Indonesia, Sugianto (462 mata) yang memenangi perak.

Beliau bersama pasangan acara ganda putra, Mohd Taqiyuddin Hamid turut meraih pingat gangsa dalam temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

Semalam, Tengku Amir Shah berkenan mengurniakan Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan kepada 184 penerima dari daerah Petaling dan Klang termasuk tiga pemain Selangor Red Giants (SRG).

Pemain SRG, Hazziq Danish Mohamad Rizwan yang dikenali Stormie, Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys) dan Muhammad Qayyum Ariffin Mohd Suhaimi (YumS) dikurniakan pingat P.K.S.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan