KUCHING, 17 Mei (Bernama) -- Projek pembinaan bangunan gantian dan tambahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saribas, Debak di Betong kini siap dan sedia digunakan susulan majlis penyerahan projek berkenaan hari ini.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata projek bernilai RM10.15 juta itu mula dilaksanakan pada 21 Mac 2023 dan sijil perakuan siap kerja telah dikeluarkan pada 4 Mac 2025.
Beliau berkata skop projek berkenaan merangkumi pembinaan sebuah dewan tertutup, dua bilik darjah baharu, satu bilik pendidikan seni visual dan dua unit rumah guru.
“Reka bentuk projek ini juga menggunakan pendekatan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dengan bangunan dibina bukan sahaja memenuhi keperluan pendidikan tetapi bersifat mampan, berdaya tahan dan sesuai untuk semua termasuk orang kurang upaya (OKU).
“Pelaksanaan projek ini membuktikan usaha berterusan Kerajaan MADANI bagi meningkatkan lagi ekosistem pendidikan melalui pembinaan infrastruktur pendidikan moden dan kondusif khususnya di luar bandar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial