JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Terima Makluman Hasrat Penganjuran Perhimpunan Di Ibu Negara Sabtu Ini

22/05/2025 02:00 AM

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Polis telah menerima makluman mengenai hasrat sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan satu perhimpunan di ibu negara pada Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata penganjur perhimpunan itu telah memberikan makluman berkenaan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.   

“Pihak polis mengambil maklum pemakluman perhimpunan ini dan masih dalam proses perbincangan dengan pihak penganjur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan sekretariat gabungan NGO Malaysia menyasarkan lebih 15,000 orang bakal menyertai Himpunan Melayu Berdaulat yang akan diadakan di pekarangan Kompleks Sogo, di sini.

Turut dilaporkan himpunan itu dijadualkan bermula 2.30 petang dan bertujuan menyuarakan kepentingan orang Melayu-Islam yang didakwa semakin terhakis.

– BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan