AM

Belanjawan 2026: Pengumuman PM Anwar Beri Sinar Baharu Buat Atlet Pekak

11/10/2025 03:39 PM

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Perhatian diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu pembentangan Belanjawan 2026 kepada komuniti sukan orang pekak memberi sinar baharu buat golongan tersebut.

Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) Ong Shin Ruenn memaklumkan mereka amat gembira mendengar pengumuman Anwar hingga ada ibu bapa dan jurulatih atlet pekak menghubunginya bagi berkongsi keterujaan.

“Memang kita amat terkejut kerana Perdana Menteri menyebut sukan orang pekak dalam pengumuman Belanjawan 2026.

“Ibu bapa yang ada anak orang pekak gembira dan ini memberi harapan besar buat mereka (dalam sukan) malah menunjukkan layanan sama rata seperti sukan lain,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Shin Ruenn berkata peruntukan bakal diterima kelak akan digunakan untuk membantu para atlet menyiapkan diri menyertai beberapa kejohanan besar tahun depan.

Semalam, Anwar ketika pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat mengumumkan pembangunan sukan negara terus diperhebat dengan peruntukan lebih besar berjumlah lebih RM580 juta ringgit meliputi antaranya pemerkasaan atlet para dan sukan orang pekak.

--BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan