AM

LRT Laluan Ampang/Petaling Jaya Alami Gangguan Teknikal

13/10/2025 10:21 AM

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang/Sri Petaling sedang mengalami gangguan teknikal di antara Stesen Hang Tuah dengan Pudu. 

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali rel Rapid KL memaklumkan kerja-kerja baik pulih sedang dijalankan dan perkhidmatan tren alternatif telah diaktifkan bagi memastikan penumpang dapat meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

"Perkhidmatan tren alternatif yang diaktifkan melibatkan tren dari Sentul Timur yang akan berpatah balik di Pudu, tren dari Putra Heights dan Ampang akan berpatah balik di Chan Sow Lin dan tren perantara dari Chan Sow Lin ke Pudu,” menurut Rapid Rail menerusi kemas kini di Facebook.

Rapid Rail memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan mengucapkan terima kasih atas kesabaran semua penumpang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan