KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari mara ke pusingan suku akhir kejohanan Terbuka Silicon Valley di Redwood City, Amerika Syarikat selepas menewaskan wakil Mesir Kenzy Ayman hari ini.
Dalam aksi yang berlangsung di SquashZone, pilihan ketiga kejohanan itu tidak berdepan dengan masalah untuk menang straight set 11-4, 11-9, 11-8 dalam tempoh 23 minit.
Sivasangari dijadualkan bertemu wakil tuan tumah Amanda Sobhy bagi memburu slot ke separuh akhir.
Terdahulu, Amanda mara selepas menidakkan cabaran wakil Mesir Nour Aboullmakarim 11-4,11-4, 11-3 dalam tempoh 21 minit.
Sementara itu, kempen Rachel Arnold berakhir selepas tewas 11-6, 4-11, 11-9, 8-11, 9-11 dalam perlawanan menentang pilihan keempat kejohanan, Georgina Kennedy dari England.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial