JENAYAH & MAHKAMAH

JPJ Perak Sita Ford Mustang Tiada Lesen, Insurans

13/10/2025 02:39 PM

IPOH, 13 Okt (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak menyita sebuah kenderaan mewah jenis Ford Mustang dalam satu Operasi Khas Kenderaan Mewah yang dijalankan di beberapa lokasi di sini hari ini.

JPJ Perak dalam kenyataan memaklumkan kenderaan terbabit ditahan oleh Unit Peronda Motosikal JPJ Ipoh selepas didapati melakukan beberapa kesalahan di bawah undang-undang jalan raya.

“Pihak kami telah menahan seorang lelaki berumur 39 tahun yang memandu kenderaan mewah itu di Jalan Bercham kira-kira pukul 10.22 pagi tadi.

“Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu melakukan beberapa kesalahan, iaitu tiada lesen kenderaan motor yang masih berkuat kuasa, tiada perlindungan insurans yang sah, dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Pemandu kenderaan terbabit mengaku melakukan kesalahan, dan anggota penguat kuasa telah mengeluarkan tiga saman P22 atas kesalahan berkenaan.

“Kenderaan berkenaan kemudiannya disita dan dibawa ke Depoh Sita JPJ Perak untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan