KOTA KINABALU, 15 Okt (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah bermula hari ini.
Fahmi yang tiba di sini malam tadi, dijadualkan menghadiri program Kempen Internet Selamat di Sekolah kebangsaan Sindumin, Sipitang pada 9.30 pagi ini.
Beliau kemudiannya akan menghadiri Hari Bersama Komuniti, Pelancaran NADI on Wheels dan Pelantikan Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Sabah di NADI Pekan Sindumin, Sipitang pada 11.15 pagi.
Esok, Fahmi akan menghadiri program Kempen Internet Selamat di Dewan Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu, Inanam, di sini pada 10 pagi.
Beliau kemudiannya dijadualkan menghadiri Sesi Libat Urus NADI dan Pelantikan Panel Penasihat NADI Sabah di NADI Bandar Putra di sini pada 11.45 pagi.
Fahmi turut dijadual menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada Wartawan Asia Times Pulse Salamat Tambanan di pejabat Biro Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Sabah di Kompleks Kementerian Komunikasi, Taman Kepayan.
Mengakhiri lawatannya, Fahmi dijadual meninjau Sistem BUDI MADANI RON95 Stesen Petronas Lintas Kepayan, Jalan Lintas, Kampung Kepayan, Penampang pada 2.05 petang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial