AM

Ahmad Zahid Seru Rakyat Terus Perkukuh Perpaduan Sempena Deepavali

19/10/2025 11:06 PM

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya terus mengukuhkan perpaduan, memelihara semangat toleransi, hormat-menghormati dan kasih sayang yang menjadi asas kekuatan negara berbilang kaum dan budaya sempena sambutan Deepavali tahun ini.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut menzahirkan harapan agar perayaan kali ini membawa kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua yang meraikannya.

"Saya percaya, seperti cahaya pelita yang menyinari kegelapan, perpaduan rakyat Malaysia akan terus menjadi sinar yang membawa negara ini menuju masa depan yang makmur dan sejahtera. Happy Deepavali. Deepavali Nal Valthukkal," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali 2025 khususnya buat pengundi di kawasan Parlimennya. 

Deepavali, yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya, disambut esok oleh masyarakat India beragama Hindu di seluruh negara.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan