JOHOR BAHRU, 19 Okt (Bernama) -- Sejumlah 57 penduduk daripada 21 keluarga di daerah Pontian ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS), susulan banjir kilat hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata PPS Sekolah Kebangsaan Penerok , Tanjung Piai itu mula dibuka 8 malam tadi.
Beliau berkata kawasan yang terjejas ialah Kampung Makam, Penerok dan juga Kampung Parit Bugis.
“Berdasarkan laporan awal, hujan lebat berlaku petang tadi namun dilaporkan sudah berhenti,” katanya dalam kenyataan.
Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata cuaca di kawasan yang terjejas setakat ini, cerah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial