KUANTAN, 21 Okt (Bernama) -- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mengadakan latihan demonstrasi tempur melibatkan pesawat pejuang, helikopter dan Pasukan Khas Udara (PASKAU) di Pantai Hiburan, Rompin mulai esok hingga 25 Okt.
TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, demonstrasi itu diadakan sempena Upacara Pengurniaan Beret Biru PASKAU dan Majlis Penutup Kursus Komando TUDM pada 26 Okt bagi anggota yang menamatkan latihan tersebut.
“Demonstrasi ini mempamerkan keupayaan dan kesiagaan aset, juruterbang, anak kapal serta anggota PASKAU dalam melaksanakan serangan ke atas kawasan musuh dan operasi menyelamat tebusan,” menurut kenyataan itu.
Orang awam di sekitar Rompin dinasihatkan supaya tidak panik sekiranya melihat pesawat terbang rendah atau mendengar bunyi letupan sepanjang latihan dijalankan.
TUDM turut menasihatkan pemilik yang meletakkan kenderaan di kawasan Pantai Hiburan supaya membuka sedikit cermin tingkap bagi mengelakkan kerosakan akibat impak bunyi letupan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial