GEORGE TOWN, 24 Okt (Bernama) -- Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) memaklumkan bahawa laluan warisan Bukit Bendera di sini ditutup sementara susulan kejadian tanah runtuh di sebahagian laluan berkenaan akibat hujan lebat.
PBBPP dalam kenyataan hari ini memaklumkanberkata, penutupan sementara itu dilakukan bagi memastikan keselamatan orang awam.
"Pasukan penyelenggaraan PBBPP sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi tersebut bagi memastikan kawasan tersebut selamat untuk para pengunjung," menurut kenyataan itu di laman Facebooknya hari ini.
Menurut PBBPP, tiada kecederaan dilaporkan dan pendaki serta pengunjung dinasihatkan agar tidak menggunakan laluan berkenaan sehingga dimaklumkan kelak.
Pihaknya akan terus memantau keadaan dengan teliti dan mengambil semua langkah keselamatan yang perlu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial