AM

KPM Mahu Siasatan Menyeluruh Kes Kematian Murid Tahun Empat Di Negeri Sembilan

03/11/2025 10:27 PM

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kementerian Pendidikan (KPM) meminta agar semua elemen berkaitan kejadian yang menimpa seorang murid tahun empat di sebuah sekolah di Negeri Sembilan disiasat secara menyeluruh bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

KPM memaklumkan pihaknya mengambil perhatian penuh terhadap kenyataan oleh keluarga murid berkenaan berhubung kejadian tersebut.

“Pada waktu ini, kes masih dalam siasatan pihak polis.

"Tindakan tegas perlu diambil terhadap sesiapa sahaja yang bersalah. Keadilan perlu ditegakkan untuk keluarga Allahyarham," menurut kenyataan itu. 

Sebelum ini, seorang murid berusia 10 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di dalam tandas sekolahnya di Senawang, Negeri Sembilan sebelum disahkan meninggal dunia pada 1 Okt lepas. 

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan tekanan pada leher dan tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh mangsa.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan