AM

Agong Selamat Tiba Di Tanah Air Selepas Lawatan Negara Ke Arab Saudi, Bahrain

09/11/2025 01:58 PM

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat berangkat tiba di tanah air hari ini, selepas mengadakan lawatan negara selama enam hari ke Arab Saudi dan Bahrain bermula 3 Nov lepas.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim hari ini, pesawat peribadi Seri Paduka Baginda mendarat di Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) pada 8.30 pagi tadi.

Berangkat menyambut keberangkatan tiba Sultan Ibrahim ialah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail 

Sebaik tiba, Sultan Ibrahim berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Statik Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

Hadir sama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli serta barisan Jumaah Majlis Diraja Johor dan barisan Exco. 

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berangkat pulang dari Bahrain pada Sabtu dengan pesawat khas dari Lounge Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain, Muharraq pada 8 malam (1 pagi waktu Malaysia).

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan