SEMPORNA, 15 Nov (Bernama) -- Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berdepan saingan empat penjuru untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang dalam Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) ke-17.
Penyandang kerusi itu dicabar Datuk Marunda KK Ampong daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Mohd Lipai @ Samsu Sundalu mewakili Parti Impian Sabah (PIS) dan Abdul Majid Angkulan daripada Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA).
Di DUN Sulabayan, Naib Presiden Warisan Datuk Dr Jaujan Sambakong dicabar tujuh calon, iaitu Bidin Jawa daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Abd Malik Abd Bool (Perikatan Nasional).
Pencabar lain ialah Hasaman Sagaran (Parti Kerjasama Anak Negeri), Mohd Julpikar Ab Mijan (Pakatan Harapan) Mat Roya@Abdul Mutalib (Parti Impian Sabah), Datuk Adillah Hamid (Bebas) dan Sumini Yasintus yang menjadi wakil tunggal calon wanita mewaklili Parti Perpaduan Sabah.
Untuk DUN Bugaya pula menyaksikan persaingan sembilan penjuru yang terdiri Jamil Hamzah (Warisan), Noorudin Abd Hussin (GRS), Abdul Manan Indanan (BN) dan Maulana Unding (Parti Aspirasi Rakyat Sarawak).
Calon lain ialah Jamil Abdul Gapar (PN); Mohd Taha Mohd Dara (STAR), Suffian Ahmad, (Parti Rumpun Sabah); Roslan Ali (Perjuangan Rakyat) dan Arman Marasal (Parti Impian Sabah).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17 pada 29 Nov manakala tarikh pengundian awal pada 25 Nov.
Pengumuman rasmi calon-calon yang bertanding untuk DUN Senallang, Bugaya dan Sulabayan itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mas Syazwan Masood di Dewan Arena Masyarakat Semporna di sini hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial