EKONOMI

Bank Rakyat Terbit Sukuk Wakalah Senior Bernilai RM600 Juta

17/11/2025 05:54 PM

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bank Rakyat menerbitkan Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana (IMTN) Sukuk Wakalah bernilai RM600 juta melalui syarikat tujuan khas (SPV) Imtiaz Sukuk II Bhd.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank itu berkata terbitan ini dilaksanakan menerusi proses penetapan harga pada 6 Nov, 2025 di bawah Program Sukuk Wakalah Senior sehingga RM10 bilion yang diberikan penarafan AA2 oleh RAM Rating Services Bhd.

“Terbitan tersebut merangkumi dua tranche iaitu RM400 juta bagi tempoh tiga tahun dan RM200 juta bagi tempoh lima tahun.

“Bank Rakyat juga berjaya memperoleh permintaan yang menggalakkan bagi Sukuk Wakalah Senior dengan bidaan sebanyak 3.55 kali daripada jumlah terbitan sebenar,” katanya.

Bank itu berkata jumlah terkumpul daripada terbitan Sukuk Wakalah Senior berkenaan akan dimanfaatkan bagi tujuan perbankan patuh Syariah termasuk keperluan modal kerja, perbelanjaan modal, pelaburan umum, penyediaan pembiayaan dan tujuan korporat am.

Bank Muamalat Malaysia Bhd, CIMB Investment Bank Bhd, Maybank Investment Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd dilantik sebagai pengurus utama bersama bagi terbitan program Sukuk Wakalah tersebut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan