AM

Guardian Malaysia Perkenal Khidmat Konsultasi Penjagaan Kulit Profesional Oleh Ahli Farmasi

17/11/2025 10:18 PM

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Guardian Malaysia mengumumkan ahli farmasinya di seluruh negara kini bergelar “Pakar Derma Bertauliah”, yang melayakkan mereka untuk memberi khidmat nasihat secara profesional kepada pembeli mengenai penjagaan kulit, khususnya dalam penjagaan serta keperluan kulit sensitif.

Guardian dalam kenyataan memaklumkan satu majlis previu dihadiri oleh hampir 150 wakil media, pempengaruh dan pelanggan jemputan telah diadakan baru-baru ini, dengan tetamu ditawarkan konsultasi peribadi secara bersemuka bersama Pakar Derma Bertauliah, di samping terdapat kaunter pemeriksaan kesihatan kulit, gerai bagi penyelesaian masalah kulit dan sesi bengkel.

Menurut kenyataan itu, setiap ahli farmasi berkenaan telah menjalani latihan dengan bantuan alat pemeriksaan kesihatan kulit dikuasakan teknologi kecerdasan buatan (AI) rekaan Korea, yang juga akan diperkenalkan di kesemua kedai Guardian seluruh negara dan menyediakan 12 analisis kulit termasuk kedut, lingkaran gelap, cela, pori-pori dan jerawat dalam masa hanya tiga minit.

Pengarah Urusan Guardian Malaysia Priscilla Wu berkata langkah itu mencerminkan komitmen syarikat dalam memperkukuh perkhidmatan nasihat penjagaan kulit profesional di seluruh cawangannya.

“Sebagai destinasi dipercayai dan pilihan utama untuk semua keperluan penjagaan kulit, Guardian Malaysia berbangga menjadi peruncit kesihatan dan kecantikan pertama di negara ini yang memperjuangkan keperluan agar ahli farmasi menjadi pakar kulit,” katanya dalam kenyataan sama.

Beliau berkata inisiatif itu dilaksanakan menerusi Radiance Academy milik Guardian, yang bekerjasama dengan rakan jenama bagi membangunkan kurikulum berstruktur menangani kesihatan kulit dalam kalangan rakyat Malaysia seperti ekzema, jerawat, hiperpigmentasi dan kulit sensitif.

Sebagai sebahagian daripada kurikulum tersebut, ahli farmasi didedahkan kepada topik terpilih mengenai kesihatan kulit yang dikendalikan oleh pakar jenama dan pakar dermatologi terkemuka di Malaysia 

Wu juga menegaskan bahawa nasihat pakar tidak harus dikelirukan dengan maklumat daripada Internet atau sekadar cakap-cakap, dan menambah analisis kulit dikuasakan teknologi AI milik Guardian serta ahli farmasi yang memiliki tauliah dalam dermatologi dapat membantu hasrat syarikat untuk menawarkan panduan penjagaan kulit yang khusus dan tepat.

“Pelaksanaan pemeriksaan kesihatan kulit dikuasakan AI dan ahli farmasi bertauliah dalam dermatologi memperkukuh komitmen Guardian Malaysia untuk memperkasa pelanggan dengan pengetahuan serta panduan yang tepat ke arah kulit lebih sihat,” katanya.

Sementara itu, pakar dermatologi Dr Ch’ng Chin Chwen yang turut hadir pada majlis itu mengingatkan rakyat Malaysia mengenai pentingnya menjaga kesihatan kulit. 

“Banyak rakyat Malaysia lupa bahawa kulit adalah organ terbesar pada tubuh. Ia bertindak sebagai perisai yang penting untuk perlindungan individu, organ deria, sintesis bagi vitamin D dan mengawal suhu badan.

“Oleh itu, adalah penting untuk menjaga kulit memandangkan fungsinya yang kritikal dan pelbagai dalam membantu meningkatkan kesihatan serta kesejahteraan diri,” katanya.

Beliau berkata akses kepada nasihat bertaraf pakar dapat mempertingkatkan pengetahuan untuk membantu individu memahami apa yang mempengaruhi kesihatan kulit sekali gus membolehkan mereka memilih penyelesaian tepat bagi mendapatkan keadaan kulit yang lebih baik. 

Guardian memaklumkan orang ramai yang mempunyai kebimbangan berkaitan kulit digalakkan untuk berunding dengan Pakar Derma Bertauliah, manakala ahli MYguardian Rewards akan menerima baucar ganjaran dan kit sampel.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui Derma Skin Lab Guardian Malaysia di https://guardian.com.my/skin-care/derma-lab.html?page=1.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan