KOTA BHARU, 23 Nov (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sekitar Kota Bharu dan Bachok hari ini susulan hujan berterusan dan keadaan banjir di Kelantan.
Menurut kenyataan TNB, penutupan bekalan dibuat bagi memastikan keselamatan pengguna di lokasi yang terjejas.
Penutupan bekalan melibatkan Taman Bendahara, Pengkalan Chepa di Kota Bharu dan Wakaf Aik di Bachok.
"TNB turut mengingatkan bahawa penutupan tambahan akan dilakukan di mana-mana pencawang elektrik yang berisiko sekiranya paras air banjir meningkat dan mengancam keselamatan pengguna.
"Orang ramai disarankan supaya sentiasa berwaspada dengan hujan lebat dan risiko banjir, selain menyimpan dokumen penting di tempat selamat. TNB merakamkan penghargaan atas kesabaran dan keprihatinan pengguna sepanjang gangguan bekalan berlaku," menurut TNB.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial