DUNIA

Banjir Buruk Di Vietnam Ragut 90 Nyawa, 12 Hilang

23/11/2025 06:35 PM

HANOI, 23 Nov (Bernama-VNA/VNS) -- Banjir berterusan yang melanda kawasan tengah dan Wilayah Tanah Tinggi Tengah Vietnam menyebabkan kerosakan luar biasa, dengan 102 orang dilaporkan maut atau hilang serta ribuan rumah ditenggelami atau musnah, lapor Agensi Berita Vietnam.

Laporan daripada Jabatan Pengurusan Bencana dan Pengurusan Daik Vietnam (VDDMA) yang dikemas kini pada 7 pagi Ahad, menunjukkan 90 kematian disahkan dan 12 orang masih hilang, peningkatan ketara berbanding 24 jam sebelumnya - kemas kini pagi Sabtu merekodkan 55 kematian dan 13 orang hilang.

Wilayah Dak Lak merekodkan jumlah korban tertinggi dengan 63 kematian dan lapan orang hilang. Khanh Hoa pula melaporkan 14 kematian dan dua individu hilang, manakala Lam Dong mencatat lima kematian.

Beberapa kawasan lain yang mencatatkan kematian akibat banjir termasuk Quang Tri, Thua Thien Hue, Da Nang dan Gia Lai.

Kerugian ekonomi awal dianggarkan berjumlah VND9.035 trilion (hampir US$343 juta), hampir sama seperti sehari sebelumnya, namun pihak berkuasa menjangka jumlah itu akan meningkat apabila penilaian diteruskan selepas banjir surut.

-- BERNAMA-VNA/VNS

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan