AM

Pemandu Alami Sawan Punca Kemalangan Di Melaka

24/11/2025 02:42 PM

MELAKA, 24 Nov (Bernama) -- Dua kereta terlibat kemalangan di Jalan Hang Tuah di sini semalam, dipercayai berlaku selepas seorang daripada pemandu mengalami sawan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kejadian pada 1.50 tengah hari berlaku apabila Honda Civic dipandu jurujual berusia 26 tahun dari arah Jonker Walk menuju Jalan Tun Ali dilanggar dari belakang.

“Pemandu itu membelok masuk ke simpang kanan sebelum keretanya dilanggar dari belakang oleh sebuah Honda Jazz dipandu lelaki 24 tahun yang datang dari arah Jalan Munshi Abdullah menuju Jalan Panglima Awang.

“Siasatan awal mendapati pemandu Honda Jazz mengalami sawan dan telah dibawa ke Hospital Melaka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dua pemandu itu tidak mengalami kecederaan serius dan siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Rule 10 LN 166/59.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan