KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menggantung jualan singkat harian (IDSS) D&O Green Technologies Bhd untuk sepanjang hari ini.
Menurut pengendali bursa itu dalam makluman, langkah ini berikutan selepas harga saham D&O merosot lebih 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukannya.
“Jualan singkat di bawah IDSS hanya akan diaktifkan pada Khamis, 27 Nov 2025 pada 8.30 pagi,” katanya.
Saham D&O merosot dalam dagangan awal selepas syarikat itu melaporkan prestasi untuk tempoh sembilan bulan lebih rendah daripada jangkaan, mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM168.04 juta berbanding keuntungan bersih sebanyak RM37.29 juta pada tahun lepas.
Perolehan berkurangan 8.7 peratus kepada RM741.59 juta daripada RM812.62 juta.
Pada 11.22 pagi, D&O merosot 18 sen atau 16.51 peratus kepada 91 sen, dengan 34.34 juta saham diniagakan.
Kumpulan itu turut mencatatkan kerugian bersih suku tahunan terbesar sebanyak RM169.09 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2025 berbanding keuntungan bersih sebanyak RM18.25 juta dalam tempoh sama pada tahun lepas, didorong oleh kemerosotan inventori sekali sahaja berjumlah RM250.46 juta.
Menurut MBSB Investment Bank dalam nota penyelidikan, prospek pasaran automotif kekal mencabar dan ia tidak menjangka pemulihan untuk kumpulan itu pada suku keempat 2025.
“Kami menurunkan saranan kami untuk D&O kepada ‘jual’ daripada ‘neutral’, dengan harga sasaran lebih rendah sebanyak 77 sen (sebelum ini 95 sen),” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial