MUAR, 26 Nov (Bernama) -- Seorang pemandu dan kelindan lori maut dalam kemalangan membabitkan dua treler serta sebuah lori di KM129.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan, berhampiran Pagoh di sini, kira-kira 6 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata mangsa yang berusia 23 dan 24 tahun tersepit dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan selepas dikeluarkan bomba.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila treler dipandu lelaki 52 tahun di lorong kiri menghala ke Johor Bahru dilanggar di bahagian belakang oleh sebuah lagi treler.
“Lori mangsa yang berada di laluan sama pula gagal mengelak dan merempuh bahagian belakang treler kedua sehingga treler itu terbabas ke bahagian longkang di kiri jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Raiz Mukhliz berkata pemandu treler pertama tidak cedera manakala seorang lagi pemandu cedera ringan dan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Yong Peng.
Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial