KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) — LUSH Malaysia, jenama kosmetik segar buatan tangan, memperkenalkan rangkaian Snow Fairy pertamanya di Sunway Pyramid. Kempen selama dua bulan ini berlangsung dari 25 November 2025 hingga 26 Januari 2026, menampilkan koleksi Snow Fairyyang ikonik dan digemari ramai, yang diperkenalkan sebagai rangkaian edisi terhad sempena Krismas. Dikenali dengan haruman beraroma manis seperti gula-gula kapas dan gula-gula getah, rangkaian Snow Fairy kembali semula dengan sentuhan merah jambu yang menceriakan, sempena ketibaan musim perayaan.
Peragaan koleksi ini menampilkan rangkaian lengkap produk kegemaran Snow Fairy, termasuk semburan badan, gel mandian, sabun, bom mandian, syampu dan pelbagai lagi. Bagi menyerikan kemeriahan perayaan, para pengunjung boleh meneroka ruang peragaan koleksi ini di samping menggunakan dinding foto bertema Snow Fairy sebagai latar sempurna untuk mengabadikan detik-detik istimewa.
“Koleksi Snow Fairy merupakan salah satu pelancaran tahunan yang paling dinanti-nantikan di LUSH,” kata Pengarah LUSH Malaysia, Dr Harvinder Harchand. “Snow Fairy menggambarkan keyakinan LUSH terhadap aspek kegembiraan, kreativiti dan ekspresi diri. Ia mewakili jiwa kami dalam mencipta produk yang bermanfaat untuk manusia, haiwan dan planet ini tanpa mengabaikan elemen keseronokan, etika atau inovasi. Justeru, kami menampilkan koleksi ini untuk berkongsi semangat tersebut sebagai ekspresi kepada semua perkara ini.”
Haruman dan rona rangkaian Snow Fairy mencerminkan komitmen LUSH terhadap bahan berkualiti tinggi yang diperoleh secara beretika. Setiap produk dihasilkan dengan formulasi segar buatan tangan dan mengekalkan janji jenama ini untuk kekal bebas daripada diuji terhadap atau bersumberkan haiwan ('cruelty-free'). Pilihan produk tanpa bungkusan (‘naked’) turut mengukuhkan misi LUSH untuk mengurangkan pembaziran dan melindungi alam sekitar.
Snow Fairy direka sebagai pengalaman berorientasikan komuniti, mengundang orang ramai untuk meneroka kembali haruman bermusim yang ikonik ini dengan cara baharu dan lebih bermakna. Para pengunjung boleh menikmati rangkaian sensasi bermusim yang laris ini dan merakam detik-detik ajaib di dinding foto bertema Snow Fairy sepanjang tempoh kempen.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang LUSH, nilai-nilainya dan pelbagai inisiatif beretika, layarihttps://lush.my.
— BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial