POLITIK

PRN: Hari Kelepasan Am Sabtu Ini Di Sabah

27/11/2025 09:42 PM

KOTA KINABALU, 27 Nov (Bernama) -- Kerajaan Sabah menetapkan Sabtu ini (29 Nov) sebagai hari kelepasan am tambahan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Menurut Warta Kerajaan yang dikeluarkan hari ini, ketetapan dibuat mengikut Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan Bab 56.

"Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan, Yang Dipertua Negeri telah menetapkan 29 Nov 2025 (Sabtu) sebagai Hari Kelepasan sebagai tambahan kepada hari yang disebut dalam Jadual Pertama Ordinan," menurut Warta Kerajaan itu. 

Sebanyak 1.76 juta pengundi akan menunaikan tanggungjawab pada PRN Sabah ke-17 Sabtu ini, yang mempertandingkan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Untuk berita terkini PRN Sabah ke-17, layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php  

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan